This is my blog. Though I am lost, but my legacy remains. And I love Mona.

This is my blog. Though I am lost, but my legacy remains. And I love Mona.
My name is Adif and I am handsome.

28 June 2010

Bila rasa jiwang datang menjelma

Hello Semua. mOna here. Adif after eating 2 fish, prawns and chicken, he went out mencari chenta agaknya. Tinggal la daku kesorangan berteman kan laptop yang sudah terbuka sejak pagi tadi. Kerja melambak namun setiap kali diriku ingin menyiapkan kerja, ada saja yang menghalang. Eh, ini alasan saja kerana tidak mahu menyiapkan kerja. Hahahaha...

Dan sekarang, kerja yang sepatutnya siap dihantar pada pukul 4 petang, sekali lagi di tunda sebelum pukul 8 pagi esok. Wah...maseh ada beberapa jam lagi sebelum menghantar kerja tersebut. Maseh ada masa hendak main Fish World di Fb, maseh sempat hendak main masak di Cafe World dan maseh banyak masa hendak lepak-lepak download lagu.

Ini lah aku, selalu ada masa. Kenapa? Kerana aku tahu yang aku mampu siapkan dalam masa yang telah ditetapkan. Ahh...bullshit semua itu. hahhahha... Tipu lah kalau aku begitu. Namun ya, bukan semua kerja aku boleh buat begini. Ini kenyataan. Aku slalunya rajin-rajin saja, tetapi dua tiga hari ini, rasa macam ada something yang menganggu ketenteraman hidupku. Apakah? Akan ku beritahu nanti.

Lepas ku hantar kerja ku awal pagi esok, banyak lagi kerja yang menanti. Lepas satu, satu. Sampai kiamat pun takkan habis la urusan dunia. Urusan akhirat selalu aku terlupa namun dengan gigih dan azam ku yang kental, akan ku kejar, usahakan dengan tekun dan siapkan semua urusan dunia dan akhirat dengan jayanya. Just you wait and see.

Setelah hampir beberapa minit aku menaip post ini, tiba-tiba aku stop. Aihhh..kenapa ya aku type dalam bahasa melayu .?? hhmmm.... Buktinya tuan-tuan dan puan-puan, pakcik makcik adik abang kakak yg manis, aku memang bengong dan terganggu. Hahhahahha....

Better sign off before Adif gets back. He'll start screaming his lungs out when I don't tend to his needs. Wait till I take his video when he screams. Deafening.

Good nite all. Love loads,
mOna (adif *__* )

No comments:

Twitter Bird Gadget