This is my blog. Though I am lost, but my legacy remains. And I love Mona.

This is my blog. Though I am lost, but my legacy remains. And I love Mona.
My name is Adif and I am handsome.

24 July 2012

Puasa Ramadhan 1433H

Salam.
Post ni lebih kurang macam dalam post di UniquelyMoochiku, cuma yang ni lebih feeling. Chewah.. perasaan. Betul lah, sangat rindu nak berpuasa di samping keluarga. Best tu semacam je. Seronok bila bersahur, berpuasa dan buka puasa tu lain, tak sama macam di semenanjung ni. Dah berpuasa hampir setiap tahun di sini dari tahun 1998, lama tu. Tapi tiap-tiap tahun, lepas je pengumuman penetapan puasa, mesti rasa nak nangis sebab kene puasa di sini. Takde mummy yang kejut untuk sahur, untuk membebel bagi arahan masa berbuka. Kat sini sunyi je. Ada kucing. Ada suami tapi tak sama. 
Itu suasana berpuasa. Yang penting puasa nih, tak kira kat mana pun, hati dan niat tu kene la puasa kerana Allah, sentiasa ingat kat orang miskin masa bulan puasa nih. Kalau lapar tu, kene cakap kat nafsu, ada lagi orang miskin yang lagi lapar dari kamu, kamu nafsu, duduk diam dan sabar je la time bulan Ramadhan nih, jangan buat onar.
Ni gambar from my dad, saya mencilok dari FB nya.
Gambar nih di pasar ramadhan di Bintulu, Sarawak. Rindu nya nak balik sana.

nasik lemak tu sedap. gerenti

kuih bawah sekali, kitaorg panggil cencorot,sedap

ni kuih-kuih favorite my father

ini arwah adik yang senantiasa dirindui, terutama sekali di bulan ramadhan dan hari-hari keramaian.

ABC kegemaran mummy saya
Saya harap tahun ni saya dapat balik beraya di Bintulu seperti tahun2 sebelum nih. Maklum lah dah kawin ni, kene dengar kata suami. Kalau suami kata raya di KL tahun nih, banjir lah KL raya pertama nanti. Tak percaya,? Tengok la nanti. 
Sapa tak nak banjir, sila la pujuk suami saya suruh balik ke Bintulu ye. Hahahha...
Okay lah... nanti saya ( tetiba je saya, macam bagus) update lagi.
"perut ku terit lalu lekak nunggang air banyak lalu tek.." bahasa sarawak, apajak la retinya.
Selamat Berpuasa dan salam mesra dari nur mesra.
saya penah cakap tak nama saya nur mesra mahmud?
lain kali la kita cerita part tu okay.

monamoochiku.

No comments:

Twitter Bird Gadget