This is my blog. Though I am lost, but my legacy remains. And I love Mona.

This is my blog. Though I am lost, but my legacy remains. And I love Mona.
My name is Adif and I am handsome.

22 January 2013

Handphone zaman sekarang

Handphone zaman sekarang ni tak semacam telefon dulu kala. Dulu ada jugak orang panggil telefon bimbit, sebab nya besar gedabak yang macam briefcase tu. Telefon jenis nih, kalau ada 10 biji dah tak muat kerata kereta kancil. Perumpamaan yang over la kan. 
Lepas tu orang panggil telefon mudah alih, nih sampai sekarang orang panggil telefon mudah alih. Masa orang panggil telefon mudah alih nih, mula-mula dulu, mau besar batu bata jugak lah besar nya. Tapi bangga orang bawak handphone masa nih kembang kempis letak batu bata kat muka. Kalau susun-susun banyak, boleh jadi rumah agaknya. Itu dulu la, lama-lama makin kecik. 
Ada pulak zaman sapa bawak handphone paling kecik, memang canggih habis lah. Sapa bawak handphone batu bata tu, terjun sungai je la. Leh tenggelam sekali dengan handphone dinasor tu.
Tapi zaman nih, zaman 2020 nih, kembali lagi handphone besar, tapi lain la sikit sebab nipis. Ingat tak masa Tab mula2 keluar dulu, selamba je aku tengok makcik nih letak setengah kertas A4 kat depan dia, siap cakap2 lagi tu. Aku ke yang masih di zaman dinasor nih.

Handphone aku nih je... ahahhahaha... cakap banyak.
Handphone nih sempoi, baling kat dinding pun idup lagi. Takde masalah.

Ada lagi nak cerita, ari tu mak aku suruh aku aturkan setting handphone nokia dia, sebab nya mak aku kata handphone dia takleh accept gambar mcm bapak aku punya samsung galaxy s 2. aku pun kata la kat mak aku, " Mami, handphone bapak tu handphone samseng, apa pun boleh buat. Handphone mami and handphone saya nih, handphone cokia. " Mak aku gelak sampai tak larat.
Sekian .

No comments:

Twitter Bird Gadget