This is my blog. Though I am lost, but my legacy remains. And I love Mona.

This is my blog. Though I am lost, but my legacy remains. And I love Mona.
My name is Adif and I am handsome.

14 November 2013

Awas. Entri Luahan Perasaan Yang Tak Keruan

Assalamualaikum , salam sejahtera you all.

Terus ke point, hari Sabtu lepas saya buat D & C( dilation and curettage) cuci rahim kita orang malaysia cakap. Saya pregnant dah 12 minggu, bila ultrasound scan (3 kali), baby ada dalam kantung cuma baby saya takde heartbeat dan besar baby cuma 10 minggu, doktor pun katalah, "baby takda heartbeat dan tak membesar maksudnya baby takde lah" . Term nya Missed Miscarriage sebab saya takda simptom2 keguguran. Takut infection, saya pun setujulah buat D&C .

Masa buat D&C tu tak sakit langsung, tipu sapa cakap sakit tak tentu pasal. Saja nak menakutkan wanita sejagat. Doktor bius lah, jadi tak sakit. Yang sakit, lepas bangun dari kene bius tu. Alhamdulillah, sakit pun, macam sengugut. Kalau macam saya yang biasa sengugut bersilat atas katil tiap kali period, dah biasa jadi takda la sakit sangat. Perut rasa sengal je. Alah, sengugut lah. Senang cerita.

Yang lucu nya, ada kawan yang tak kawin lagi sibuk duk cakap cuci rahim sakit, padahal dia tak kawin lagi. Punca nya? Dok dengar cakap orang manjang. Orang sana kata sakit, orang sini kata sakit, dia tak kawin lagi pun kata sakit. Taktau la kalau dia penah rasa tak nak cerita kat kita kan. Tapi itu lah, my point is that, jangan nak dengar kata orang manjang. Bukan saya suruh rasa sakitnya, tapi sila lah ye, banyakkan membaca. Membaca luas pengetahuan.

Tapi ingat, time dah kat rumah , doktor bagi cuti 2 minggu tu, jangan nak melanggar pantang. Pantang macam orang beranak. Pantang makan, jangan angkat barang berat. Sapa-sapa tak nak pantang terpulang lah kepada kekuatan diri sendiri. Kalau anda kaya atau berkahwin dengan orang kaya, atau suami anda gyne @pakar sakit puan, tak pa la, Insya Allah, bila tua, sakit sendi tulang ada orang jaga. Kalau macam saya, suami orang biasa-biasa saja, alhamdulillah sehat, Insya Allah boleh jaga saya bila dah tua. Tapi saya taknak lah susah kan suami saya, sebab saya tak pantang jaga diri sekarang, nanti tua macam2 sakit . Kalau boleh, saya nak jaga diri saya sendiri dan nak jaga dia nanti. Kalau bukan saya ambil berat tentang diri saya, sapa lagi kan? 

Ada satu benda yang sakit, tetek dah ada susu, membengkak, perghhhh rasa muscle pull dari tengah cleavage sampai ketiak. Bila time dia tarik tu, wowowow... Allahu Akhbar. Sabar jer lah, urut-urut lah tetek tu, keluarkan susu, tuam tetek dengan kain panas. Lega.

Ok, lapar lah pulak. Makan dulu, nanti kita sambung lagi ya.

Jangan tensen-tensen, makan M&Ms.

picture credits to google


No comments:

Twitter Bird Gadget