This is my blog. Though I am lost, but my legacy remains. And I love Mona.

This is my blog. Though I am lost, but my legacy remains. And I love Mona.
My name is Adif and I am handsome.

16 September 2015

Cerita Siti

A story about Siti

Sekarang baru Siti faham apa perasaan lelaki yang menggalas tanggungjawap sebagai suami, bila masa mereka ini balik ke rumah selepas kerja dan tidak dilayan isteri yang merupakan suri rumah sepenuh masa. Siti tengah merasai perasaan itu sekarang.

Siti penat dan tak tahu sampai bila dapat bertahan. Tapi disebabkan Siti tahu tanggungjawap Siti bukan setakat untuk keluarga kecil Siti, tapi untuk mak bapak Siti yang sudah tua, Siti adalah seorang wanita yang gagah. Kau tak percaya? Nasib kau lah.

Kalau ikut rasa hati Siti, Siti nak ja jadi macam kawan Siti yang masih single. Tak payah nak susah-susah fikir pasal makan pakai orang lain kecuali Siti dan mak bapak Siti. Baik Siti earn money untuk Siti dan mak bapak Siti aje.

Sebab apa Siti merapik macam ni? Sebab kalau bukan atas dasar rasa tanggungjawap Siti terhadap keluarga Siti, Siti duduk je di rumah goyang kaki. Sebab apa Siti merapik? Siti isteri, tapi maaflah, bukan TANGGUNGJAWAP Siti nak carik nafkah as a sole provider dalam keluarga kecik Siti dikala suami yang sehat walafiat, pandai universiti grad oversea duduk dirumah tak buat apa. Bangun lambat setiap hari. Kalau Siti keluar carik nafkah untuk keluarga balik kena pulak buat kerja isteri, belum ada anak pun Siti rasa berat, kalau ada nanti Siti tak tahu lah apa akan jadi.

Nak kata menyesal kawin tak juga, sudah takdir nasib badan Siti harung saja sebab nya Siti memang gagah.

Pesanan Siti kepada suaminya, udah-udah lah tu bang, insaflah. Sila lah ambil tanggungjawap suami ni dari bahu Siti sikit. Kalau tak ambil tanggungjawap sepenuhnya, ambil lah setengah. Penat Siti. Kalau nak share tanggungjawap, Siti sanggup. Tapi kalau nak Siti laksanakan tanggungjawap sepenuhnya sebagai ketua keluarga, Siti tak mahu. Siti ni isteri, bukan suami.

Sekian lah luahan hati Siti.

Siapa Siti????????? aku pun tak tahu......




No comments:

Twitter Bird Gadget